Tuesday, October 22, 2019

My Academic Journey 2020

My Academic Journey


January
2020


My Academic Journey
1-15 January
16- 31 January – Reviewing Literature

Sunday
Monday
Tuesday
Wednesday
Thursday
Friday
Saturday
29
30
31
1
2
3
4



My New Year Resolution



5
6
7
8
9
10
11







12
13
14
15
16
17
18







19
20
21
22
23
24
25
Birthday of the Sultan of Kedah





Chinese New Year
26
27
28
29
30
31
1
Chinese New Year






“No matter how busy you may think you are, you must find time for reading, or surrender yourself to self-chosen ignorance.”  Atwood H. Townsend
February
2020


My Academic Journey
1- 31 February – Reviewing Literature

Sunday
Monday
Tuesday
Wednesday
Thursday
Friday
Saturday
26
27
28
29
30
31
1







2
3
4
5
6
7
8






Thaipusam
9
10
11
12
13
14
15







16
17
18
19
20
21
22







23
24
25
26
27
28
29







“The ink of the scholar is more holy than the blood of the martyr.” 
 Anonymous
March
2020


My Academic Journey


Sunday
Monday
Tuesday
Wednesday
Thursday
Friday
Saturday
1
2
3
4
5
6
7







8
9
10
11
12
13
14







15
16
17
18
19
20
21







22
23
24
25
26
27
28
Isra’ and Mikraj






29
30
31
1
2
3
4







“Study hard, for the well is deep, and our brains are shallow.” 
 Richard Baxter, The Reformed Pastor
April
2020


My Academic Journey
1- 30 April – Writing Proposal


Sunday
Monday
Tuesday
Wednesday
Thursday
Friday
Saturday
29
30
31
1
2
3
4







5
6
7
8
9
10
11







12
13
14
15
16
17
18







19
20
21
22
23
24
25





Beginning of Ramadan

26
27
28
29
30
1
2








“Every beginner possesses a great potential to be an expert in his or her chosen field.” 
 Lailah Gifty Akita, Think Great: Be Great!

May
2020


My Academic Journey

Data Collection


Sunday
Monday
Tuesday
Wednesday
Thursday
Friday
Saturday
26
27
28
29
30
1
2





Labour Day

3
4
5
6
7
8
9




Wesak Day


10
11
12
13
14
15
16
Nuzul Quran






17
18
19
20
21
22
23







24
25
26
27
28
29
30
Eidul Fitr
Eidul Fitr





To acquire knowledge, one must study; but to acquire wisdom, one must observe.”
― Marilyn vos Savant

June
2020


My Academic Journey

Data collection

Sunday
Monday
Tuesday
Wednesday
Thursday
Friday
Saturday
31
1
2
3
4
5
6






Birthday of Yang Dipertuan Agong
7
8
9
10
11
12
13







14
15
16
17
18
19
20







21
22
23
24
25
26
27







28
29
30
1
2
3
4







“The Way Get Started Is To Quit Talking And Begin Doing.” – Walt Disney


July
2020


My Academic Journey
Data collection



Sunday
Monday
Tuesday
Wednesday
Thursday
Friday
Saturday
28
29
30
1
2
3
4







5
6
7
8
9
10
11







12
13
14
15
16
17
18







19
20
21
22
23
24
25







26
27
28
29
30
31
1





Eidul Adha
Eidul Adha

 “The Pessimist Sees Difficulty In Every Opportunity. The Optimist Sees Opportunity In Every Difficulty.” – Winston Churchill


August
2020


My Academic Journey
Data Analysis
Sunday
Monday
Tuesday
Wednesday
Thursday
Friday
Saturday
26
27
28
29
30
31
1






Eidul Adha
2
3
4
5
6
7
8







9
10
11
12
13
14
15







16
17
18
19
20
21
22




Beginning of Muharram


23
24
25
26
27
28
29







30
31
National Day
1
2
3
4
5


“If You Are Working On Something That You Really Care About, You Don’t Have To Be Pushed. The Vision Pulls You.” – Steve Jobs


September
2020


My Academic Journey
Data Analysis


Sunday
Monday
Tuesday
Wednesday
Thursday
Friday
Saturday
30
31
1
2
3
4
5







6
7
8
9
10
11
12







13
14
15
16
17
18
19



Malaysia Day



20
21
22
23
24
25
26







27
28
29
30
1
2
3







 “We May Encounter Many Defeats But We Must Not Be Defeated.” – Maya Angelou


October
2020


My Academic Journey

Thesis Writing


Sunday
Monday
Tuesday
Wednesday
Thursday
Friday
Saturday
27
28
29
30
1
2
3







4
5
6
7
8
9
10







11
12
13
14
15
16
17







18
19
20
21
22
23
24







25
26
27
28
29
30
31




Maulidur Rasul


“We Generate Fears While We Sit. We Overcome Them By Action.” – Dr. Henry Link



November
2020


My Academic Journey
Thesis Writing


Sunday
Monday
Tuesday
Wednesday
Thursday
Friday
Saturday
1
2
3
4
5
6
7







8
9
10
11
12
13
14






Deepavali
15
16
17
18
19
20
21







22
23
24
25
26
27
28







29
30
1
2
3
4
5








“The Only Limit To Our Realization Of Tomorrow Will Be Our Doubts Of Today.” –  Franklin D. Roosevelt


December
2020


My Academic Journey
Viva



Sunday
Monday
Tuesday
Wednesday
Thursday
Friday
Saturday
29
30
1
2
3
4
5







6
7
8
9
10
11
12







13
14
15
16
17
18
19







20
21
22
23
24
25
26





Christmas Day

27
28
29
30
31
1
2







 

“Today’s Accomplishments Were Yesterday’s Impossibilities.” – Robert H. Schuller







Thursday, October 10, 2019

Takwim Persekolahan Tahun 2020





Program DLP Sarawak

Inisiatif kerajaan negeri Sarawak dalam memperluaskan program Dual Language Programme (DLP) bermula pada tahun 2020 merupakan satu langkah yang bijak. Bermula dari tahun 2020 semua pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris. Untuk tujuan itu, semua guru-guru yang akan mengajar Sains dan Matematik untuk murid-murid tahun 1 pada tahun hadapan diberikan kursus Bahasa Inggeris pada tahun ini bemula bulan September 2019. Generasi muda di Sarawak akan mendapat banyak  faedah daripada program ini untuk bertahun-tahun lamanya. Negeri Sarawak akan menjadi negeri yang terkehadapan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Seringkali kita dengar tentang kepentingan Bahasa Inggeris walaupun ada pihak yang menidakkannya. Namun, realitinya begitu terutama dalam era digital bila mana komunikasi berlaku tanpa sempadan melalui media-media sosial dan penggunaan internet yang meluas. Ketidakupayaan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris menutup banyak peluang untuk mendapatkan kerjaya yang baik dan menghadkan keterlibatan dalam pasaran global.



Penulis berpeluang mengendalikan kursus Bahasa Inggeris untuk guru-guru ini. Peluang untuk program ini untuk berjaya adalah cerah kerana sikap guru-gurunya yang positif walaupun mereka sedar akan kekurangan yang ada. Apabila diminta untuk berucap dalam Bahasa Inggeris dihadapan rakan-rakan sejawat mereka dalam kursus yang penulis kendalikan, mereka tetap melaksanakannya walaupun dilihat seringkali ke tandas berkali-kali kerana rasa gemuruh untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dihadapan semua peserta kursus.







Penulis juga berpeluang berinteraksi secara tidak formal dengan guru-guru ini. Dari tinjauan rambang yang dilakukan, ramai guru yang mengajar di sekolah-sekolah pedalaman termasuk tahap P3 yang tiada isyarat telefon apatah lagi  akses internet. Terdapat tiga kategori sekolah pedalaman iaitu sekolah Pedalaman 1 (P1), Pedalaman 2 (P2) dan Pedalaman 3 (P3)3. Sekolah P3 merupakan sekolah yang paling dalam yang memerlukan beberapa mod pengangkutan untuk sampai ke situ. Mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 5 Tahun 2014, terdapat 872 buah sekolah dalam kategori pedalaman ini. Mengikut pekeliling itu lagi, penentuan samada sesebuah sekolah itu berada di dalam kategori P1, P2 dan P3 dibuat dengan mengambil kira lokasi dan tahap kesusahan mengikut kriteria-kriteria berikut:
  1. Bilangan mod pengangkutan (termasuk kos);
  2. Risiko perjalanan;
  3. Sumber Air;
  4. Sumber Elektrik; 
  5. Kediaman;
  6. Sanitasi;
  7. Telekomunikasi;
  8. Perkhidmatan Kesihatan dan Keselamatan;dan
  9. Kemudahan-kemudahan lain seperti bank, pejabat pos dan bekalan api.






Kursus DLP ini juga melibatkan interaksi atas talian yang memerlukan akses kepada internet. Walaupun ramai dari kalangan guru ini mengajar dan tinggal di kawasan pedalaman, mereka menggunakan kesempatan berada di hotel tempat berkursus untuk melengkapkan sebanyak mungkin latihan atas talian yang perlu mereka selesaikan.Di mana ada kesungguhan,di situ ada jalan. Semoga segala urusan guru-guru ini dipermudahkan dalam mendidik anak bangsa. Legasi ini akan mengubah landskap pendidikan di Sarawak. 

Thursday, September 12, 2019

Islamofobia: Kembara di Bumi Amerika Sebagai Muslimah Berhijab


Dah lama saya teringin nak  mengembara di bumi Amerika dari bahagian timur ke barat. Tak sangka pulak impian saya ni akan jadi kenyataan. Semuanya bermula bila supervisor PhD saya bagi tahu abstrak yang dia hantar diterima untuk dibentangkan di satu persidangan antarabangsa di Florida, Amerika Syarikat. Saya akan menjadi pembentang bersama.  Perasaan saya bercampur-baur masa tu. Seronok ada risau pun ada sebab pada masa tu (tahun 2016) timbul isu Islamofobia dan saya akan terbang ke sana seorang diri. Saya cari banyak maklumat dalam internet. Saya lega bila kawan-kawan saya, pasangan muda beranak dua, rakyat Malaysia yang menetap di Australia merancang untuk buat trip naik kereta di Amerika kebetulan pada masa yang sama. Mereka ajak saya join road trip tu dan berkongsi kos penginapan, minyak dan makan. Saya setuju lepas kira bajet saya. Kami akan mula bergerak selepas conference yg saya hadiri tamat. Kawan saya yang buat booking semua penginapan Air BnB sepanjang trip kami sejauh 11, 000 km tu. Mereka juga lah yang study route mana yang kami akan ikut. Saya rasa tak sabar nak start trip tu. Jadi, saya cuma terbang seorang diri dari Malaysia ke Los Angeles dan seterusnya ke hotel conference yang diadakan di Orlando, Florida. 



The Conference


Pada mulanya, saya tak pasti macamana nak ke Florida tu daripada Malaysia. Puas jugak la saya dok study kat internet. Saya suka naik MAS sebab makanan memang halal dan ikut selera Melayu. Cuma mahal sikit la. Saya pun tak tahu sebab apa saya pilih untuk masuk ke US melalui Los Angeles. Patutnya saya masuk kot New York atau Washington. Dekat la banding dengan Los Angeles tu. Saya rasa masa tu saya tengok jumlah jam perjalanan dan transit. Mana yang paling singkat. Tambahan pulak transit kat Narita Jepun. Dapat la saya jalan-jalan sikit kat Jepun. Untuk connecting flight ke Orlando pulak saya booking DELTA. Hotel pun dah book siap2.


Lepas dah booking flight dan hotel, langkah seterusnya ialah mohon visa US. Susah tau prosesnya. Saya kena bayar RM688 di Bank Standard Chartered berdekatan untuk buat appointment interview untuk mohon visa dekat kedutaan Amerika kat KL. Dah bayar barulah saya dapat nomobor kod, tarikh dan masa untuk interview tu. Pada hari interview tu saya pegi awal. Pukul 8 pagi saya dah jalan kaki ke kedutaan tu. Saya terbang ke KL sehari sebelum dan bermalam kat hotel yang dekat dengan kedutaan. Queue punya la panjang kat luar kedutaan. Dah sampai kat pintu, kami masuk bilik khas. Semua barang yang dibawa termasuk kasut kena scan macam scanner kat airpot tu. Sampai masa untuk interview, saya diminta masuk ke booth dan pegawai yang temuduga saya tu berdiri kat kaunter yang ada cermin. Kami berinteraksi melalui lubang2 kecik kat cermin tu. Soalan2 yang ditanya ialah soalan2 basic ja untuk pengesahan macam kat mana saya akan tinggal sepanjang saya di US dan saya ke sana dengan siapa. Saya jawab yang betul ja. Alhamdulillah, saya dapat visa 10 tahun untuk masuk ke US. Sah sampai tahun 2026. Saya rasa lega sangat sebab saya tengok ada jugak yang permohonannya ditolak. Ada yang menangis lagi sebab kena reject.

The application 



The US Visa

Dalam perjalanan ke Los Angeles tu saya transit 8 jam di Narita Jepun. 8 jam tu sangatlah lama kalau duduk menunggu ja. Nasib baik masa saya dok search pasal Narita kat internet sebelum berlepas, ada satu program menarik, Narita Transit Program. Program ni menawarkan khidmat tour guide percuma untuk bawak kita jalan2 ke tempat-tempat menarik  sekitar Narita semasa kita transit di sana. Dalam 2 jam lebih macam tu. Saya pun terus daftar online.  Sampai ja ke Narita waktu pagi lepas 7 jam perjalanan dari Malaysia, saya cepat2 bersihkan diri dan terus ke kaunter Narita Transit Program. Orang-orang Jepun ni sangat la sopan. Masa saya sampai di kaunter, staf kat kaunter tu terus berdiri masa menjawab soalan2 yg saya tanya. Tunduk hormat tu satu kemestian la. Kebetulan hari tu ada dua orang tour guide yang boleh bawak saya jalan2. Seorang lelaki dan wanita pertengahan usia. Kebanyakan tour guide ni ialah pesara yang sukarela buat keja ni untuk mempromosikan Narita. Khidmat mereka percuma ja. Bagus betul semangat patriotisme mereka. Saya memang rasa kagum sangat.



Siap try pakai kimono lagi 😄

Bunga-bunga sakura tengah mekar berkembang termasuklah yang pakai tudung tu 😄

Pekan Narita tu punyalah bersih. Betul lah seperti apa yg saya dengar. Ikan pun boleh hidup dalam longkang sebab air dalam longkang tu jernih ja. Sivik diaorang pun memang kelas pertama lah. Ada sekali tu masa kami nak lintas jalan, dua orang polis bermotosikal berhenti nak bagi kami lintas dulu. Kami pun tunduk hormat tanda terima kasih dan polis2 tu pun balas tunduk hormat. Tahap kesopanan dan adab diaorang yang tinggi buat saya rasa malu bila ingat sikap-sikap negatif sesetengah orang di tempat sendiri.


Saya terbang lagi 3 jam barulah sampai LA. Saya sampai tengahari mcm tu. Pemeriksaan imigresen lancar ja cuma pegawai imigresen tu buat muka tegas la. Saya okay ja. Tak ada apa yang nak disorokkan. Saya upah sorang mamat porter ni untuk bawak beg2 saya yang besar tu ke terminal domestik. Nampak mcm lelaki Mexico atau Puerto Rico. Yang mana saya tak pasti. Saya bagi tips tanda terima kasih. 4 jam saya tunggu untuk naik flight ke Orlando, Florida. Alhamdulillah, perjalanan lancar. Sebaik mendarat di Orlando, semua penumpang mula keluarkan beg daripada compartment atas tempat duduk. Saya tengah berbaris menunggu untuk bergerak keluar daripada kapalterbang bila sorang remaja lelaki bebangsa Amerika membuka compartment atas untuk keluarkan beg. Saya tunduk sikit supaya tidak terkena beg remaja tu. Remaja lelaki tu terus mintak maaf sedangkan beg dia tak kena pun kepala saya. Dalam hati saya, sopan sungguh budak ni. Kalau kat Malaysia tak tahu la...


Sampai ke balai ketibaan saya terus dapatkan beg saya. Saya bawak beg besar sebab dah plan nak pegi trip 3 minggu kat US selepas conference selesai. Untuk gunakan troli, perlu masukkan duit syiling. Masa tu saya tak ada duit syiling Amerika. Ada seorang wanita Amerika bagi duit syiling kat saya. Baik sungguh. Malangnya, mesin troli tu tak berfungsi. Saya tetap ucapkan terima kasih kat wanita tu. Seorang lelaki kulit putih pulak bagi tahu saya kalau pakai khidmat porter mahal. Masa tu dah pukul 10 malam dan saya dah tak sabar nak ke hotel. Saya ucapkan terima kasih kepada lelaki kulit putih tu tapi saya gunakan juga khidmat porter sebab beg-beg saya besar, Tak mampu saya nak angkat sendiri. Akhirnya, saya sampai ke hotel dalam pukul 11 malam. Saya rasa lega sangat sebab selamat sampai dan tak ada insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang perjalanan saya dari Malaysia ke Amerika. Penatnya tak payah cakap la. Saya jet lag malam tu. Tak boleh nak tidur. Mujurlah presentation saya pada hari terakhir conference. Sempatlah saya nak rehat sekejap.


Alhamdulillah, pembentangan kertas kajian kami (saya dan supervisor saya) berjalan lancar. Cuma apa yang mengecewakan saya ialah dewan tak penuh masa pembentangan kami. Cuma ada sekitar 20 orang ja. Masa tu hari terakhir conference dan ramai yang dah balik atau ke tempat lain. Kami berusaha keras untuk menjayakan pembentangan tu dan travel jauh untuk berada kat situ tapi tak ramai yang hadir masa pembentangan kami. Saya mengharapkan lebih ramai orang yang hadir. Selesai pembentangan, saya terus ke bilik dan bersedia untuk check out. Saya tak boleh tinggal di hotel tu sehari lagi sebab dah penuh untuk hari berikutnya. Jadi saya terpaksa berpindah ke hotel lain sementara menunggu kawan-kawana saya dari Australia tu sampai pada keesokan harinya. Saya happy la sangat bila jumpa diaorang. Saya check out dari hotel. Trip kami pun bermulalah. Kami naik MPV yang disewa. 





Laluan kami sepanjang kembara di bumi Amerika


Saya sediakan jadual di atas tu untuk mengesan jarak perjalanan kami. Saya masukkan juga perbezaan masa sesuatu tempat tu dengan Malaysia supaya saya boleh mengagak waktu di Malaysia. Saya juga masukkan ramalan cuaca sesuatu tempat yang akan kami lawati supaya saya boleh mengenakan pakaian yang sesuai. Yang pertama, kami berhenti singgah di Hard Rock Cafe Orlando. Saya beli dua fridge magnet ja sebagai tanda kenang-kenangan. Malam pertama tu agak menarik. Kami tak bermalam di penginapan Air BnB yang biasa. Kami tidur dalam trailer. Tu la pengalaman pertama saya tidur dalam trailer. Saya tidur atas katil bahagian hujung trailer dan kawan saya sekeluarga (pasangan muda dengan dua anak kecil) tidur atas katil lain di bahagian hujung satu lagi. Ada dinding dan pintu yang memisahkan kedua katil kami. Shower dan tandasnya kecil tapi agak selesa. Saya tak boleh lelapkan mata sangat malam tu walaupun katil tu selesa kerana sibuk memikirkan siapa la yang penah tidur atas katil tu😷


Fridge magnets yang saya dapatkan di setiap Hard Rock Cafe yang kami lawati sepanjang perjalanan kami.

Pada hari berikutnya kami ke Miami dan pantai Daytona. Jujur saya rasa, pantai-pantai di Malaysia jauh lebih indah. Kita kagum dengan tempat2 di US sebab filem2 Hollywoodnya. Dalam filem memang nampak gah, realitinya.... Seterusnya, kami ke Disneyland. Ada 5 tempat semuanya dan yang paling saya gemari ialah Animal Kngdom. Ala-ala mini safari kat Afrika gitu. Memang bestlah. Kami teruskan perjalanan ke South Carolina. Kali ni kami bermalam di rumah sebenar orang Amerika. Memang cool lah saya rasa ðŸ˜„. Kami mendobi baju-baju kami sebab di kebanyakan rumah di Amerika ada mesin basuh dan mesin pengering baju sekali. Jiran sebelah pun mesra ja. Seorang lelaki tua dengan keluarganya. Siap lambai masa kami nak beredar dari situ. 


Kami melepasi North Carolina dan Virginia. Di sana, trafik dipantau melalui satelit. Memang canggih lah. Kami berhenti bermalam di Kem US Marin di Quantico. Saya teringat siri TV yang bertajuk Quantico. Teruja sekejap sebab sampai ke situ. Kami dipelawa bermalam di kediaman seorang pegawai atasan tentera Malaysia yang menyambung pengajian kat situ. Kenalan kawan Aussie saya tu.  Ada universiti untuk askar rupanya kat situ. Masa nak masuk kem tu pun tak banyak cerita. Pegawai bertugas cuma check passport kami ja. Agaknya diaorang boleh scan ja apa yg ada dalam kenderaan yang kami naik tu. Kami diberitahu ada masjid dalam kem tu. Sebelah masjid tu pulak gereja. Hos kami bagi tahu semasa solat Jumaat yang lepas, ada seorang tentera Amerika wanita kulit putih memeluk Islam. Rupanya ada jugak sekumpulan Muslim dalam angkatan tentera Amerika. Jadi, apa yang kita dengar dan lihat dalam media tu tak semuanya betul. Banyak perkara yang jadi tanda tanya.

Satu lagi perkara yang menarik perhatian saya ialah semasa kami sampai ke penginapan Air BnB kami di Indianapolis, Indiana. Kami nampak ada papan tanda yang bertulis "Kami sokong dan berdiri bersama-sama orang2 Muslim Amerika". Tersentuh hati saya. Terasa ada air mata yang bertakung dalam mata saya,

Sokongan padu terhadap orang2 Muslim Amerika semasa Islamofobia memuncak dalam media


Waktu tu ialah semasa kempen pilihanraya sebelum Donald Trump dipilih sebagai Presiden Amerika. Saya doakan orang-orang yang tinggal dalam rumah tu mendapat hidayah Allah sekiranya mereka masih belum memeluk Islam. Satu insiden lagi yang meninggalkan kesan yang mendalam pada saya ialah semasa kami melawat White House  di Washington DC. Semasa kami berjalan di hadapan White House tu, tiba-tiba kami terdengar laungan azan yang kuat. Kami bergerak menuju ke arah bunyi laungan azan tu. Kami nampak seorang lelaki sedang sujud dalam solat. Lelaki itu sedang berdakwah dengan duduk di hadapan White House dan menerangkan tentang Islam kepada sesiapa yang berminat atau sekadar ingin tahu. Dia akan laungkan azan setiap masuk waktu dan bersolat di situ. Polis yang berkawal kat situ tidak melakukan apa2 cuma memerhati ja orang2 yang lalu-lalang.


Seorang lelaki sedang berdakwah di hadapan White House (Pejabat dan kediaman rasmi Presiden Amerika)

Satu lagi insiden yang menarik perhatian saya ialah semasa kami menaiki keretapi bawah tanah di New York. Saya terlihat seorang lelaki kulit putih membaca Al-Quran dengan senyap. Memang menjadi budaya mereka di sana suka membaca dalam keretapi tu cuma bila nampak Al-Quran ditangannya buat hati saya tersentuh.

Saya juga berpeluang melawat Ground Zero, tapak World Trade Centre (WTC) yang dilanggar dua kapalterbang penumpang pada 9/11 tahun 2001 kalau tak silap saya. Nama-nama mangsa yang terkorban masa kejadian tu diukir atas kepingan logam di sekeliling sebuah kolam yang dibina atas tapak WTC yang musnah tu. Saya nampak ada nama orang2 Muslim antara ribuan nama mangsa yang terkorban. Saya diberitahu setiap tahun pada 9/11 tepat pada masa tragedi tu berlaku, loceng di gereja di sebelah kolam tu akan dibunyikan. Saya juga masuk ke dalam gereja tu sebab nak ke tandas. Ada pameran tentang tragedi 9/11 dalam gereja tu dan sebuah kumpulan koir sedang menyanyikan lagu keagamaan mereka. Sebagai seorang muslimah berhijab, tak seorangpun melemparkan kata-kata kesat atau menunjukkan rasa benci pada saya. Ternyata, mereka tidak menyimpan dendam terhadap semua orang Muslim.


Nama2 mangsa tragedi 9/11


Bekas tapak World Trade Centre (WTC) 


Tempat terakhir yang kami lawati dalam misi menjelajah bumi Amerika tu ialah di Los Angeles. Kami melawat Hollywood Walk of Fame di mana nama2 seniman dan seniwati tersohor mereka di ukir atas bintang di laluan pejalan kaki di Hollywood Boulevard kecuali nama Muhammad Ali, peninju terkemuka dunia, diletakkan di atas dinding. Ini kerana nama Muhammad sempena nama Nabi Muhammad tidak boleh dipijak2. Saya nampak betapa Islam dihormati.






Sepanjang kembara kami di bumi Amerika, saya tidak pernah diganggu atau menerima layanan buruk kerana warna kulit dan agama saya. Malah, selalu pintu dibuka untuk saya oleh lelaki2 kulit putih di sana. Suatu yang jarang saya alami di tempat sendiri. Saya bersyukur kerana berpeluang mengembara di bumi Amerika dan saya tahu kenapa negara tu hebat.

Wednesday, September 11, 2019

Research Tool Kit for Novice Qualitative Researcher


Starting  a research study can be daunting. This research tool kit is developed to help you jumpstart your study.

How to identify researchable problem that interests you?
How to plan the timeline of your study?
How to do a systematic literature review?
Check out My Academic Journey organizerto address these questions. 

The Literature Review Template has link to an APA citation tool that helps you to cite your sources easily.

How to conduct observation?
Check out the Observation Protocol in the Kit

How to formulate good interview questions?
How to transcribe the recorded interviews?
Check out the Interview Protocol for Qualitative Study with links to a transcriber apps and notes on how to formulate good interview questions.






Click here : Research Tool Kit for Novice Qualitative Researcher


The Art of Writing

  How to Write and Speak Better - Reader Digest The hall mark of good writing Accuracy appropriateness attentive to your audience avoidance ...