Tuesday, May 17, 2022

Wang Tidak Dituntut (WTD)

Cara Semak dan Mohon Wang Tidak Dituntut (WTD)

Salam Syawal ke 15 semua,

Hari ni Kak Nor nak kongsikan cara mendapatkan WTD adik2 sekelian. Caranya cukup mudah! 

Cara semakan dilakukan - langkah2nya:
  1. Masuk ke website egumis  https://egumis.anm.gov.my/
  2. Daftar dulu ya. Klik butang pendaftaran di bahagian atas kanan laman web egumis.
  3. Setelah daftar, bolehlah log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah diset semasa pendaftaran dalam langkah 2.
  4. Dah log masuk, klik butang semakan.
  5. Mulakan carian dengan memasukkan no kad pengenalan baru.
  6. Selepas diklik butang cari, penyata akan keluar menunjukkan semua wang tidak dituntut adik2 dengan keterangan ringkas tentang sumbernya.
  7. Download dan simpan atau cetak.
  8. Lepas tu, bagi yang ada no kad pengenalan lama, check jugak tau. Mana tau ada jugak WTD.
  9. Carian cuma boleh dilakukan 2 kali je sehari tau. 
Cara Menghantar Permohonan
  1. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian atau online je.
  2. Mula-mula log masuk kalau dah terkeluar daripada sistem.
  3. Buat carian semula menggunakan no kad pengenalan. Had carian 2 kali je sehari. So, kalau kali pertama check boleh terus memohon.
  4. Klik pada kotak kecil di sebelah semua wang yang nak dituntut.
  5. Kemudian tekan butang seterusnya. 
  6. Adik2 akan diminta untuk memuat naik salinan KP  bahagian depan dan belakang dan salinan buku bank dengan akaun yang masih aktif. Sebaiknya sediakan siap2 supaya senang untuk dimuatnaik.
  7. Setelah dimuatnaik KP dan bahagian depan buku akaun bank, klik pada kotak di bahagian pengakuan. 
  8. Last sekali klik butang selesai.
  9. Cetak borang yang telah dilengkapkan.
  10. Tak habis di situ je tau. Lepas dah buat permohonan dalam talian, kena pos borang yang dicetak dengan salinan KP dan muka depan buku bank atau penyata bank (kalau tak ada buku bank).
  11. Salinan dokumen tu semua kena sahkan daripada salinan asal. Kemudian baru la pos.
  12. Duit akan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam tempoh 1 hingga 3 bulan.
Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan semula duit adik-adik sekelian!


No comments:

Post a Comment

The Art of Writing

  How to Write and Speak Better - Reader Digest The hall mark of good writing Accuracy appropriateness attentive to your audience avoidance ...